Rancangan Mengajar : Tema Sayuran
Masa / Langkah/ Isi
pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 minit
Sesi soal
jawab
|
- Guru membawa
masuk satu kotak yang berisi 5 jenis sayur-sayuran
1.
Timun
2.
Terung
3.
Sawi
4.
Kangkung
5.
Kubis
- Guru bertanya
kepada murid-murid apa yang
ada didalam kotak ajaib ini.
-Murid menjawab
dengan pelbagai jawapan
-Guru meminta
beberapa orang murid untuk memasukkan tangan ke dalam kotak dan merasakan apa
yang ada di dalam kotak ajaib.
-
Murid
menyuarakan pendapat mereka tentang apa yang mereka sentuh dalam kotak ajaib
tersebut.
- Guru
mengeluarkan sayur yang terdapat dalam kotak ajaib satu persatu.
|
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan motor halus
Kemahiran manipulatif
ABM
-Kotak
- Terung
- Timun
- Kubis
- Sawi
- Kangkung
- Kain penutup mata
|
Langkah 1
Mengenal jenis
sayur-sayuran
10 minit
Mengelaskan sayur-sayuran
mengikut jenis sayur.
|
- Guru menunjukan
5 jenis sayuran dan menerangkan kumpulan sayur-sayuran tersebut
1.
Kumpulan Sayur
Daun
Ø Sawi
Ø Kangkung
Ø Kubis
2.
Kumpulan Sayur
Buah
Ø Timun
Ø Terung Panjang
· -Murid mendengar
dan memberi gerak balas terhadap aktiviti pengajaran.
-Guru menyediakan
dua ruangan untuk mengasingkan jenis sayur-sayuran.
-Guru meminta
murid menampal gambar sayur mengikut kumpulan sayur-sayuran.
-Murid menampal
gambar sayur-sayuran mengikuti kumpulan sayur-sayuran dengan betul.
|
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan motor halus
Kemahiran manipulatif
ABM
-Kad gambar sayur-
sayuran
-Papan tulis
- Blue tik.
|
Langkah 2
Menamakan Sayur-sayuran
5 minit
Melabelkan nama
sayur-sayuran
|
-Guru menunjukan
kad gambar. Gambar sayur-sayuran
-Guru menunjukan
kad gambar perkataan nama sayur-sayuran.
- Guru mengeja
dan membunyikan nama sayur-sayuran
Ø sa + wi =
sawi
Ø kang + kung = kangkung
Ø ku + bis = kubis
Ø ti + mun = timun
Ø te + rung / pan+ jang = terung panjang
- Murid mengikut
guru membunyikan dan mengeja nama sayur-sayuran
- Guru menunjukan
gambar sayur dan menyebut nama sayur-sayuran.
- Murid mengikut
guru menyebut nama sayur-sayuran.
- Guru menampal
gambar sayur-sayuran pada papan dan meminta murid menampal kad perkataan
sayur-sayuran dengan betul.
-Murid menampal
kad perkataan sayur-sayuran pada gambar sayur dengan betul.
|
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan motor halus
Kemahiran manipulatif
Pengelasan
ABM
-Kad gambar sayur
- Kad nama perkatan sayur-sayuran
- Papan tulis
- Blue tik
- Pen maker
|
Langkah 3
Mewarnakan
25 minit
Mewarnakan gambar
sayur-sayuran mengikut kretiviti masing-masing
|
- Guru
menunjukkan sebatang pensel warna berwarna ungu dan sekeping kad
berwarna hijau di hadapan kelas lalu murid nyatakan jenis-jenis sayur
mengikut warnanya.
- Murid memadankan kad sayur mengikut warna yang ditunjukkan. - Guru mengedarkan gambar sayur-sayur dan mengarahkan murid-murid mewarnakannya mengikut daya kreativiti masing-masing. |
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan motor halus
ABM
- Gambar sayur-
sayuran
- warna
|
Langkah 4
Menanam sayur taugeh
10 minit
Menyemai biji kacang hijau
|
- Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan guru menerangkan cara menyemai biji benih kacang hijau.
-Murid mendengar
penerangan guru dengan penuh perhatian.
Ø Langkah-langkah menyemai benih kacang hijau.
1.
Guru menyediakan bahan-bahan untuk setiap kumpulan.
2.
Murid mencelup
kapas ke dalam air yang disediakan.
3. Murid meletakkan kapas yang basah ke dalam kotak telur..
4.
Murid
memasukkan biji benih kacang hijau di atas kapas yang basah.
5. Murid meletakkan kotak telur di tempat yang bercahaya.
(Selepas beberapa hari guru akan membawa murid
melihat hasil semaian tersebut. – sayur taugeh.)
|
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan motor halus
Perkembangan kerohanian dan
moral
ABM
- Kacang hijau
-Kotak telur
-Air
- kapas
|
Penutup
5 minit
Menyanyi
|
Guru memaparkan lirik lagu "Mari Tanam Sayur" kepada murid-murid.
Guru mengajar murid membaca seni kata lagu.
Guru mengajar murid-murid menyanyi lagu dengan intonasi dan pergerakan yang sesuai.
Murid meniru dan melakukan gerakan yang dilakukan oleh guru.
Murid menyanyi lagu sambil melakukan gerakan dengan bimbingan guru.
Guru memberi galakan tepuk tangan kepada semua murid.
Senikata lagu
Mari Tanam Sayur
Marilah kawan,
kita tanam sayur
Sayur kita segar,
di atas tanah gembur
Di atas tanah
gembur, baja kita tabur.
Sayur hidup subur,
kita pun rasa syukur.
Can mali can
hoi-hoi x2
Can mali can mari
kita berkebun
Can mali can
hoi-hoi x2
Can mali can
marilah tanam sayur.
|
Perkembangan sosioemosi
Perkembangan motor halus
Kerohanian dan moral
ABM
senikata lagu dan laptop
|