Wednesday, March 23, 2016

Bahan Bantu Mengajar


SGO ingin sekali berkongsi pelbagai ABM [ Alat Bantu Mengajar ] kepada semua guru-guru KSSR yang ingin memantapkan lagi pedagogi semasa P&P di dalam bilik darjah amnya. InsyaAllah jika guru-guru mempunya ABM sendiri bolehlah kongsikan kepada SGO dengan menghantar email kepada sistemguruonline.gmail.com.

Terima kasih! :)

* copy n paste 

 Nurkilan Kanak-Kanak







Galeri : Tubuh Badan Saya


Ini gigi saya.
Gigi saya berwarna putih.

Ini tangan saya.
Saya ada 5 jari.

Ini hidung saya.
Saya bernafas menggunakannya.

Saya ada kaki.
Saya boleh berjalan.

Ini bibir.
Bibir saya berwarna merah.

Ini kepala.
Saya sedang memegang kepala saya.

Ini mata saya.
Mata saya berwarna biru.


Pernahkan kalian terfikir bahawasanya guru tadikalah yang berusaha bersungguh sungguh untuk mengajar kalian ABC, 123. Merekalah insan yang patut dihargai. Bukan dikeji!


Tuesday, March 1, 2016

 Video 

Tema : Badan Saya







Rancangan Mengajar 

Tema : Badan Saya

          
SUBTEMA                 : ANGGOTA BADAN
TUNJANG UTAMA   : PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
MASA                        : 60 MINIT

STANDARD PEMBELAJARAN UTAMA :
(PFK 1.1.15) Menggunakan jari untuk menggunting bagi menghasilkan satu bentuk

STANDARD PEMBELAJARAN LAIN YANG DISEPADUKAN :
(KTI 1.1.5) Mewarna dalam ruang tertentu  

OBJEKTIF : 
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

a) Menggunting bentuk dan melekatkan dengan betul
b) Mengetahui kedudukan anggota badan
c) melekatkan bahagian anggota badan pada kedudukan yang betul

KEMAHIRAN UTAMA :
Menggunting bentuk dan melekatkan dengan betul


KOSA KATA :
Tampal dan gunting
  
ALATAN DAN BAHAN :
Gunting, gam, lembaran kerja, pensel warna dan carta lagu


******************************************************* 
AKTIVITI :

SET INDUKSI ( 5 MINIT)

~ Guru menunjukkan bentuk-bentuk berikut dan menyebut nama bentuk-bentuk tersebut. Murid menyebut semula bentuk yang ditayangkan.












 *******************************************************
LANGKAH 1 (10 MINIT)

~ Guru meminta murid mewarnakan bentuk-bentuk tersebut di atas lembaran kerja yang diberikan.
























*******************************************************
LANGKAH 2 (15 MINIT)

~ Guru meminta murid menggunting bentuk-bentuk yang telah diwarnakan.


*************************************************************
LANGKAH 3 (10 MINIT)

~ Murid menampal bentuk-bentuk pada kedudukan yang betul untuk membentuk gambar manusia seperti berikut :



















*******************************************************
LANGKAH 4 (10 MINIT)

~ Murid menunjukkan hasil kerja mereka. Guru meminta murid menamakan anggota badan pada gambar yang berkenaan.





*******************************************************
PENUTUP (10 MINIT)

~ Murid menyanyi lagu "Anggota Badan" beramai-ramai mengikut rentak lagu yang ditayangkan.